KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 31 Mei ini bagi keputusan representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya. Hakim N. Priscilla turut menetapkan perbicaraan didengar pada 1 dan 2 Jun jika representasi itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). Semalam sepatutnya ditetapkan bagi sebutan untuk pemfailan pernyataan saksi. Pada 20…