PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon, Afiq Muiz, Nur Aira Mahadeya kecewa apabila suaminya sengaja melengah-lengahkan prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini semalam. Nur Aira atau Pachara Apin, 32, berkata, Afiq selaku defendan mendakwa dirinya tidak menerima sebarang maklumat berhubung prosiding pertama yang didengar di depan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh, 29 Mac lalu. Jelasnya, dia dan peguam mempunyai bukti panggilan…