PUTRAJAYA: Minggu lalu, ramai gempar dengan tangkap layar hebahan elektronik Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur yang memaparkan akhir Ramadan pada 20 April ini. Paparan itu tular kerana ia menunjukkan seolah-olah senario ‘panik’ tahun lalu bakal berulang apabila anak bulan Syawal tiba-tiba kelihatan dan keesokan Hari Raya Aidilfitri. Susulan situasi itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan yang menasihatkan umat Islam agar tidak membuat spekulasi sehingga mencetuskan keresahan masyarakat.…