Dua 'Superman' Benut ditahan - Utusan Malaysia

Dua ‘Superman’ Benut ditahan

DUA 'Superman' yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan polis dalam Op Selamat di Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Dua penunggang motosikal yang melakukan aksi ala ‘Superman’ ditahan polis dalam Op Selamat di Benut semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kedua-duanya menunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan kedua-dua kaki ke belakang ala ‘Superman’ dan melakukan zig-zag yang.membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.

Turut ditahan tiga penonton yang menjadi ‘pembakar semangat’ kepada dua rakan itu supaya terus ghairah melakukan aksi berbahaya berkenaan.

“Dua pelumba tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih M15,000 jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, tiga  penonton yang ditahan pula disiasat di bawah Seksyen 81 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihaknya turut menyita motosikal yang digunakan ol3h dua ‘Superman’ berkenaan.

Katanya, tiga daripada lima yang ditahan merupakan pelajar sekolah berhampiran di Benut, manakala dua lagi sudah tidak bersekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya