PETALING JAYA: Proses pengampunan perlu dibuat secara teratur dan mengambil kira segala situasi dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk kes melibatkan SRC International bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur menghina, mempertikai atau membelakangkan keputusan mahkamah. Malah, pengampunan tidak seharusnya diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu semata-mata bersandarkan kepada surat pihak tertentu serta alasan-alasan yang meragukan dan boleh dipertikai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan, terdapat unsur-unsur…