Beri 30 peratus diskaun tol sempena cuti Aidilfitri – YPNM - Utusan Malaysia

Beri 30 peratus diskaun tol sempena cuti Aidilfitri – YPNM

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya digesa memberikan diskaun tol sebanyak 30 peratus kepada semua pengguna jalan raya sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, hujung bulan ini.

Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) meminta diskaun tersebut diberikan selama empat hari sebelum dan selepas Aidilfitri.

Presiden YPNM, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, diskaun itu perlu diberikan memandangkan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya sempena cuti perayaan tersebut.

“Diskaun sebanyak 30 peratus itu sebagai membalas budi pengguna setia lebuh raya terutama setiap kali menjelang musim perayaan.

“Jadi, kita gesa syarikat konsesi lebuh raya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat dengan memberikan diskaun tol sempena Aidilfitri kali ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, YPNM juga meminta syarikat-syarikat konsesi sentiasa menjaga dan memelihara lebuh raya supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Kita juga minta syarikat konsesi memberi perkhidmatan terbaik daripada segi penambahan laluan plaza tol serta khidmat bantuan kecemasan dan keselamatan.

“YPNM juga berharap konsesi lebuh raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan turun padang memantau keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya