KEPALA BATAS: ‘Bayaran seikhlas hati’ menjadi salah satu teknik kreatif untuk badut profesional bersedekah sambil menghiburkan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini. MD SMILE atau nama sebenarnya, Mohd. Shahrizal Isa, 40, menyediakan belon pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak yang mengunjungi bazar Ramadan Bertam Putra di sini. Menurut beliau, ia adalah salah satu cara untuk menceriakan kanak-kanak ketika umat Islam menjalani ibadah puasa. “Sebenarnya sudah 10 tahun saya memilih badut profesional…










