Aidilfitri: Beberapa laluan, lampu isyarat di Kuala Pilah akan ditutup - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Beberapa laluan, lampu isyarat di Kuala Pilah akan ditutup

MOHD. Faizal Abdul Manap pada tahun lalu sewaktu menunjukkan penghadang jalan yang diletakkan sebagai langkah mengawal kesesakan di Jalan Seremban-Kuala Pilah sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut minggu hadapan.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) akan menutup beberapa laluan jalan raya dan lampu isyarat di daerah ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijanga berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini 

Yang Dipertua MDKP, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, penutupan bermula 18 April hingga 5 Mei depan itu dilaksanakan menerusi Pelan Pengurusan Lalu Lintas Daerah Kuala Pilah oleh Jawatankuasa Pengurusan Lalu-Lintas Daerah Kuala Pilah.

“Beberapa strategi serta inisiatif pengurusan lalu lintas diambil di sepanjang Jalan Seremban-Kuala Pilah atas saranan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

“Penutupan lampu isyarat bermula di persimpangan Ampang Tinggi sehingga lampu isyarat di kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, penutupan tersebut akan menyebabkan pengguna jalan raya dari arah Jalan Seremban Lama yang ingin menghala ke Seremban perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan lampu isyarat di hadapan Pasaraya Giant Kuala Pilah.

“Ini berikutan lorong menghala ke Seremban akan ditutup bagi melancarkan aliran trafik. Kami juga akan melakukan penutupan persimpangan masuk ke kawasan Bandar Kuala Pilah membabitkan persimpangan Jalan Undang Johol-Jalan Perpatih dan Jalan Dato’ Undang Johol- Jalan Dato’ Abdul Manap.

“Selain itu, persimpangan Jalan Dato’ Undang Johol – Jalan Ulu Muar akan dibuka dan hanya akan ditutup sekiranya berlaku kesesakan teruk di dalam kawasan Bandar Kuala Pilah,” katanya lagi.

Beliau berkata, bagi pengguna yang ingin memasuki ke kawasan Bandar Kuala Pilah dari arah Jempol perlu melalui lorong bersebelahan Bank RHB Kuala Pilah atau melalui Taman Rekreasi Jalan Bukit seterusnya melalui Jalan Perpateh.

“Para pengguna jalan raya dinasihatkan tidak mengalihkan halangan (road barrier) yang diletakkan bagi tujuan keselamatan kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan orang ramai dan juga diri sendiri. Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa jika insiden seperti ini berlaku lagi seperti sebelum ini,” katanya.

Jalan Seremban-Kuala Pilah sering mengalami kesesakan sewaktu musim perayaan selepas ia turut dijadikan sebagai laluan pengguna untuk ke pantai timur.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya