22 lokasi program Mantai Perdana di Negeri Sembilan ditetapkan - Utusan Malaysia

22 lokasi program Mantai Perdana di Negeri Sembilan ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena sambutan Aidilfitri, sebanyak 22 buah lokasi di seluruh negeri ini telah ditetapkan bagi penganjuran program Mantai Perdana yang akan diadakan pada 20 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pada hari tersebut juga, daging lembu akan dijual pada harga RM37 sekilogram di setiap lokasi penganjuran program Mantai Perdana itu.

“Perbincangan lanjut bersama pengusaha terlibat akan diadakan pada 7 April ini namun Mesyuarat Majlis Kerajaan negeri ini telah memutuskan harga jualan daging yang dicadangkan oleh kerajaan negeri adalah RM37 sekilogram.

“Program Mantai Perdana ini akan diselaraskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Menurutnya lagi, semua tempahan daging oleh orang ramai pada program Mantai Perdana itu akan dilakukan menerusi aplikasi dan portal AgroBazaar Online kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 

“Konsep program Mantai Perdana adalah sama macam tahun lalu. Mereka (pelanggan) perlu membuat tempahan secara dalam talian melalui aplikasi berkenaan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya