2,011 kenderaan terlibat kemalangan hari keenam Op Selamat - Utusan Malaysia

2,011 kenderaan terlibat kemalangan hari keenam Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merekodkan sebanyak 2,011 kenderaan terlibat kemalangan pada hari keenam Op Selamat 20 di seluruh negara, kelmarin.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia  berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,756 kejadian kemalangan dilaporkan.

“Pecahan jenis kenderaan paling tinggi terlibat kemalangan adalah kereta membabitkan 1,388 buah atau 69 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Penyumbang kedua tertinggi kemalangan adalah motosikal (243), diikuti pacuan empat roda (163), kenderaan pelbagai guna (137) dan lori (36),” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT, hari ini.

Menurut JSPT, selebihnya membabitkan van (29), bas (13) dan dua lagi kenderaan melibatkan teksi.

Kelmarin, PDRM merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya