PETALING JAYA: Lebih 18 juta perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai kelmarin bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Migrasi terbesar di negara ini setiap kali sambutan Aidilfitri bermula tengah malam kelmarin iaitu pada hari pertama pemberian tol percuma selama empat hari dilaksanakan seperti diumumkan kerajaan. Selain rakyat beragama Islam yang merupakan 65 peratus penduduk negara ini, pergerakan itu juga melibatkan kumpulan masyarakat lain yang turut mengambil…










