Warga emas lemas dalam kolam selepas tergelincir - Utusan Malaysia

Warga emas lemas dalam kolam selepas tergelincir

PASUKAN bomba membantu membawa naik mayat seorang lelaki warga emas yang ditemukan terapung di dalam kolam di sebuah kebun dekat Jalan Batang Rokan-Gemencheh, Tampin, malam semalam.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam kebun duriannya miliknya sendiri dalam kejadian di Jalan Batang Rokan-Gemencheh, di sini, malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihak polis menerima maklumat dari orang awam pada pukul 9.30 malam yang memaklumkan terdapat satu mayat lelaki terapung di dalam kolam.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mendapati mangsa berusia 79 tahun terapung di dalam kolam tadahan hujan untuk kebun durian miliknya itu.

“Kolam berkenaan sedalam kira-kira dua meter dan mempunyai tebing yang tinggi serta curam. Tiada barang mangsa yang hilang dan mangsa dipercayai keluar dari rumah pada sebelah petang untuk ke kebunnya itu.

“Mayat mangsa dibawa naik dengan bantuan pasukan bomba. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa juga dalam keadaan baik selain tiada kecederaan serta lengkap berpakaian. Mangsa dipercayai tergelincir di tebing yang licin dan tinggi lalu terjatuh ke dalam kolam dan lemas,” katanya hari ini.

Ujar beliau, mayat telah di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya