Wanita maut nahas empat kenderaan di Lekas - Utusan Malaysia

Wanita maut nahas empat kenderaan di Lekas

ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa dari dalam sebuah kereta Toyota Wish yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 15.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Selatan dekat Kampung Batang Benar, Seremban, petang tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya bersama lima ahli keluarganya lain terlibat dalam nahas empat buah kenderaan termasuk dua buah lori di Kilometer 15.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Selatan dekat Kampung Batang Benar di sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai, Noor Atika Zainal, 30, beralamat di Felda Temangau 4, Kemayan, Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang tadi melibatkan nahas empat jenis kenderaan iaitu sebuah Toyota Wish, sebuah Perodua Myvi, sebuah lori treler dan sebuah lori pasir 10 tan.

“Terdapat enam orang mangsa yang berada di dalam kereta Toyota Wish termasuk seorang yang meninggal dunia. Lima yang lain termasuk seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun, semuanya mengalami kecederaan parah. 

“Mayat mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban,” katanya ketika dihubungi.

Maklumat lanjut mengenai kejadian masih lagi sedang diperoleh.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya