UMNO tak perlukan pandangan pemimpin dipecat, digugur - Utusan Malaysia

UMNO tak perlukan pandangan pemimpin dipecat, digugur

AHMAD MASLAN cuba membungkus otak-otak semasa melawat sebuah kilang yang mengusahakan produk tersebut di Pontian Besar, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bekas pemimpin UMNO yang dipecat atau  digugurkan keahlian tidak perlu mencampuri urusan parti itu kerana sudah tiada lagi kaitan dengan mereka.

Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak memerlukan pandangan mereka untuk menentukan  hala tuju parti itu.

“Saya pun hairan, mereka masih bercakap berkaitan parti UMNO, cakaplah dengan parti sendiri ( kalau dah masuk parti lain), biar UMNO urus sendiri, tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya ditemui selepas melawat perusahaan membuat otak-otak di Pontian Besar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri  Noh Omar yang menyatakan kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Noh dipecat sebagai ahli UMNO pada 27 Januari lalu. Selain Noh, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Sahidan Kassim yang kini Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional (PN) cuba mengemukakan usul tergempar tentang kewujudan surat yang dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Dewan Rakyat.                                                                

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, lebih baik mereka memberikan tumpuan terhadap parti yang telah mereka sertai daripada mengambil tahu mengenai hal UMNO ketika ini.

Ditanya kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet selepas Pemilihan UMNO tahun ini, beliau enggan mengulas kerana kuasa pelantikan terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada dalam pengetahuan saya mengenai perkara tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya