UMK sedia 12 rumah sewa percuma untuk pelajar asnaf

UMK sedia 12 rumah sewa percuma untuk pelajar asnaf

RAZLI Che Razak (tengah) bersama Mastura (kiri) meninjau penyediaan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga UMK Kampus Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan 13 buah rumah sewa percuma bagi membantu meringankan beban pelajarnya yang tergolong dalam kalangan asnaf meneruskan pengajian.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, kemudahan itu melibatkan pelajar di semua kampus iaitu Bachok, Kota (Pengkalan Chepa) dan Jeli.

Menurutnya, pada masa sama UMK turut merancang membina asrama percuma tanpa bayaran di setiap kampus dengan mengguna pakai aset tanah sedia ada bagaimanapun mereka berdepan kekangan dana ketika ini.

“Apapun kita akan berusaha untuk mencapai impian ini di mana pelajar asnaf menginap secara percuma asrama sepanjang empat tahun pengajian di UMK ” katanya kepada pemberita selepas Program Imarah Ramadan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (Imran) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PTPTN Mastura Mohd. Khalid.

Razli memberitahu, pengurusan tertinggi UMK sedang berusaha mendapatkan dana luar bagi memastikan kekangan kewangan dan ikhtiar hidup tidak menjadi penghalang pelajar kurang berkemampuan menggapai kejayaan.

“Pihak kami cakna terhadap tuntutan dan keperluan ini yang membabitkan pelajar ansaf yang tinggi jumlahnya. Sebab itu, kita melaksanakan pelbagai program rahmah dan kebajikan.

“Pelbagai pihak termasuk bank, syarikat kewangan dan korporat turut dihubungi bagi mencapai hasrat membela kebajikan kumpulan sasaran yang merupakan warga UMK yang gemilang dalam akademik.” ujarnya.

Razli berkata, sehingga kini terdapat 2,556 pelajar UMK dikategorikan sebagai kumpulan asnaf.

Katanya, bilangan itu tidak termasuk pelajar dari keluarga B40 sebanyak 77.8 peratus daripada jumlah keseluruhan penuntut seramai 12,000 orang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya