Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar harga berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21 bagi setiap seorang.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam kenyataan memaklumkan, penetapan tiga kadar harga ini adalah berdasarkan kepada kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan iaitu pada kadar timbangan iaitu satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.

“Bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah dimaklumkan ketetapan Pewartaan Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1444H/2023M adalah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis Super Special Tempatan SST 5 peratus.

“Kadar RM10 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM21 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Basmathi,” menurut kenyataan itu.

MAINS turut memaklumkan, bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam menunaikan ibadat zakat fitrah di dalam bulan Ramadan, beberapa kaedah pembayaran disediakan

“Pembayaran secara bersemuka boleh dilakuan dengan cara hadir ke kaunter zakat di pejabat-pejabat MAINS daerah dan cawangan, melalui Amil zakat fitrah yang telah diberi tauliah oleh MAINS yang terdapat di masjid dan surau terpilih di seluruh negeri atau ke kaunter pembayaran zakat fitrah yang terdapat di lokasi yang terpilih.

“Pembayaran secara dalam talian (online) juga boleh dilakukan menerusi portal rasmi MAINS di www.zakatns2u.biz/fitrah, aplikasi MAINS, aplikasi MyEG, aplikasi SnapNpay dan perbankan internet melalui JomPay,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.