STR: Kemas kini maklumat peribadi sebelum 31 Mac - Utusan Malaysia

STR: Kemas kini maklumat peribadi sebelum 31 Mac

AHMAD Maslan pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, di sini hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu mengemas kini maklumat peribadi mereka sebelum 31 Mac ini bagi melancarkan pembayaran fasa kedua sebelum Hari Raya Aidilfitiri.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah tersebut perlu berikutan data-data yang dikumpulkan sebelum ini sudah lama dan terdapat penerima sudah bertukar status.

“Penerima STR diminta mengemas kini maklumat peribadi bermula 1 Mac lalu. Hal ini kerana data sebelum itu sudah berusia tiga tahun dan ada antara mereka sudah bertukar status seperti bujang kepada sudah berkahwin.

“Pembayaran STR dilaksanakan sebanyak empat kali iaitu fasa pertama bermula 17 Januari, fasa kedua sebelum Hari Raya Aidilfitri, fasa ketiga pada Julai manakala fasa keempat pada November depan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pemohon STR secara manual dan dalam talian di Kelantan setakat ini  seramai 806,024 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, permohonan seramai 587,160  diluluskan dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM519,638,850.

“STR kali ini melibatkan peruntukan terbesar yang pernah diberikan iaitu RM8 bilion kepada 9 juta rakyat. Ia akan memberi manfaat kepada golongan B40 di bawah LHDN selaku agensi pelaksana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM600 kepada isi rumah miskin tegar menerusi data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Kata beliau, sumbangan tambahan itu diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.