PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam peringkat penelitian beberapa dokumen membabitkan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta melibatkan sebuah syarikat yang dilantik melaksanakan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan SPRM itu adalah lanjutan daripada kes projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang disiasat agensi itu melibatkan KDN sebelum ini. Kata sumber itu, siasatan tertumpu…