Seorang wanita maut dalam kebakaran lapan rumah - Utusan Malaysia

Seorang wanita maut dalam kebakaran lapan rumah

SEORANG wanita maut dalam satu kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Pertanian, Masai, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut akibat melecur akibat sebuah kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Pertanian, Masai, Pasir Gudang, di sini pada pukul 3 pagi semalam.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Laie Sawang, 48, tidak menjangka kebakaran tersebut akan menyebabkan seorang jirannya maut.

“Saya sedang tidur bersama suami dan dua anak. Saya terjaga selepas mendengar bunyi dentuman kuat dipercayai letupan gas dapur dari rumah jiran dan mendapati api sudah marak ke sebahagian kediamannya serta kami bertindak pantas menyelamatkan diri.

“Kami tidak dapat selamatkan apa-apa barang dan kini tinggal sehelai sepinggang kerana hanya fikir untuk menyelamatkan diri pada ketika itu. Saya sudah tinggal di kawasan ini selama 20 tahun dan tidak disangka rumah kami musnah dalam sekelip mata, namun saya tetap bersyukur kerana kesemua ahli keluarga selamat,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Pekerja kilang perabot itu bagaimana berduka dengan kejadian menimpa jirannya yang dikenali sebagai Suriz yang melecur dan difahamkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Masai, Indera Putra Ibrahim memberitahu, sebanyak lapan buah rumah musnah dalam kebakaran itu dan membabitkan seramai 27 mangsa.

“Seorang wanita bernama Rahmaniyah atau dikenali sebagai Suriz berusia 33 tahun maut akibat melecur, manakala seorang ahli keluarganya, iaitu lelaki dewasa berusia 43 tahun juga melecur namun difahamkan sudah dibenarkan keluar hospital.

“Kesemua mangsa ditempatkan di Balai Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pertanian. Namun, kami bersyukur kerana seorang ahli perniagaan tampil menawarkan tempat tinggal sementara buat mereka sehingga mereka berjaya mencari rumah sewa lain,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, dua jentera ‘fire rescue tender’ dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dengan kekuatan 17 anggota dikejar ke tempat kejadian.

Kebakaran itu membabitkan rumah jenis separuh kekal, dua mangsa termasuk seorang lelaki dan wanita dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat melecur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya