Sekuriti ada tapi di luar dewan - Roslan Shah

Sekuriti ada tapi di luar dewan – Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan, Roslan Shah menjelaskan pihak penganjur karnival Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura ada menyediakan sekuriti tetapi hanya diletakkan di bahagian luar dewan.

Roslan berkata, dakwaan sesetengah pihak mengenai pihak penganjur langsung tidak memastikan aspek kawalan keselamatan adalah tidak benar.

“Penganjur sebenarnya ada sediakan sekuriti tetapi berada di luar dewan. Insiden seperti ini juga tak pernah terjadi.

“Saya sudah 18 tahun bawa rakan-rakan artis nama besar, tetapi tak pernah terjadi perkara macam ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar mengenai majlis berbuka puasa bersama Khai Bahar di Grand Barakah Hotel, Ampang, hari ini.

Roslan juga berharap insiden ini menjadi pengajaran besar buat mana-mana penganjur supaya lebih menitikberatkan soal keselamatan.

“Ini merupakan pengajaran yang perlu diambil berat oleh pihak penganjur, sekiranya hendak anjurkan acara melibatkan artis, mesti ada pengawal peribadi atau sekuriti.

“Bagi kes Kamal ini, pihak penganjur tidak lepas tangan sebaliknya sentiasa membantu Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Mereka datang balai polis dan jumpa pasangan itu serta memberikan kata- kata semangat.

“Semua kos perubatan dan perjalanan pulang mereka juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur,” jelasnya.

Terdahulu, Roslan Shah memaklumkan kos perubatan Kamal yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur ekspo berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sesi live di Tiktok bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, awal pagi tadi.

Katanya, dia adalah individu yang bertanggungjawab menemani Uqasha semasa menghantar Kamal ke hospital dan membuat laporan polis di republik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya