Remaja rogol adik kandung dihantar ke Sekolah Henry Gurney - Utusan Malaysia

Remaja rogol adik kandung dihantar ke Sekolah Henry Gurney

SEORANG remaja berusia 15 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jelebu pada 23 Februari lalu bagi didakwa atas tuduhan merogol adik kandungnya sendiri berusia 14 tahun sehingga melahirkan anak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang sebelum ini mengaku bersalah merogol adik kandungnya berusia 14 tahun sehingga melahirkan bayi pada bulan lalu diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Emas, Melaka oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini.

Majistret, Norshazwani Ishak mengarahkan remaja itu dihantar ke sekolah berkenaan bermula semalam selepas laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibentangkan dalam prosiding tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan ibu bapa atau penjaga remaja lelaki tersebut untuk melawat tertuduh sekali dalam tempoh sebulan sepanjang tempoh tiga tahun remaja itu berada di sana.

Remaja itu pada 23 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu atas pertuduhan itu yang dilakukannya di sebuah perkampungan Felda di Jempol pada tahun lalu.

Sebelum ini, berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 sehingga 12 malam di sebuah rumah di Felda Gugusan Palong di Jempol, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, remaja berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 16 Februari lalu, kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.

Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulan ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung. 

Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulan telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital. 

Difahamkan, mangsa telah melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa. Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya