Remaja lelaki lemas di Pantai Cempaka ditemukan terdampar di Pantai Sepat - Utusan Malaysia

Remaja lelaki lemas di Pantai Cempaka ditemukan terdampar di Pantai Sepat

MAYAT mangsa lemas di Pantai Cempaka, Jumaat lalu ditemukan di Pantai Sepat kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian, di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN PDRM KUANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Cempaka, Jumaat lalu ditemukan terdampar di Pantai Sepat kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Mangsa, Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15, yang berasal dari Taman Kempadang Perdana di sini ditemukan pada jarak kira-kira 2.5 kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bapa Nazrul Aimi Shah mengesahkan mayat tersebut merupakan mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian 10 Mac lalu.

“Siasatan awal terhadap fizikal mangsa tidak menemukan sebarang kesan tindakan jenayah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dan empat rakannya yang kesemuanya berusia 15 tahun pergi ke pantai itu kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin untuk beriadah dan mandi bersempena cuti sekolah.

“Mangsa yang selamat, Mohd. Adam Farhan Mohd. Asri, Syed Amirrul Hakimi Syed Mohd Khairul Anuar, Muhammad Haziq Haikal Rohaidi dan Syed Irfan Dannis Syed Mohamad Fitri,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 45 anggota penyelamat termasuk pegawai daripada pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya