Pukul rakan sampai parah, empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa

Pukul rakan sampai parah, empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa

EMPAT terduduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dibawa untuk menghadiri perbicaraan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat penghuni di sebuah pondok pemulihan dadah persendirian didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul seorang penghuni sehingga cedera parah dalam kejadian di dalam bilik asrama, dua minggu lalu.

Keempat-empat tertuduh, Ahmad Afzam Ibrahim,31, Muhammad Firdaus Muhammad Zulkifli (21), Mohamad Aniq Zamri (33) dan Muhammad Irfan Hisam (30) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebatang rotan terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim,51.

Kesalahan itu dilakukan oleh keempat-empat tertuduh di dalam bilik sebuah asrama di pondok pemulihan dadah persendirian, Manzilu Rahmah di Kampung Kandis di Bachok kira-kira pukul 9.30 malam pada 1 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap keempat-empat tertuduh kerana pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibolehkan tiada jaminan ditetapkan terhadap tertuduh.

Ahmad Adha dalam rayuannya memohon satu jaminan dibenarkan untuk keempat-empat anak guamnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 17 April depan untuk sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya