PPS dibuka di SK Palong 7, Kampung Pasir Besar - Utusan Malaysia

PPS dibuka di SK Palong 7, Kampung Pasir Besar

SEBUAH PPS yang dibuka di Balai Raya Kampung Pasir Besar, Gemas, Tampin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua buah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri ini akibat kejadian banjir susulan hujan berterusan yang berlaku sejak semalam.

PPS berkenaan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Palong 7 di sini dan di Balai Raya Kampung Pasir Besar, Gemas, Tampin.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, PPS di SK Palong 7, di sini melibatkan mangsa terjejas banjir kilat di Kampung Jeram Panjang. 

“PPS SK Palong 7 dibuka pada pukul 2.12 petang tadi. Pihak APM dimaklumkan, seramai lima orang masa dari dua buah keluarga telah dibawa ke PPS berkenaan.

“Terdapat dua orang warga emas daripada lima mangsa terjejas banjir itu diselamatkan. Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, PPS di Balai Raya Kampung Pasir Besar pula melibatkan seramai dua orang dari sebuah keluarga dan telah dibuka pada pukul 4.54 petang tadi.

Terdahulu, sebuah PPS telah dibuka di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4, Gemas di Tampin kira-kira pukul 1.54 petang tadi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN