Polis cari dua saksi kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis cari dua saksi kes bunuh

DUA individu yang menjadi saksi utama kes pembunuhan seorang lelaki di Lukut, Port Dickson pada awal bulan lalu kini sedang dikesan pihak polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan dua individu yang merupakan saksi utama kes seorang lelaki yang maut selepas disyaki ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Lukut, Jalan Besar di sini, 1 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dua individu itu merupakan seorang lelaki Sin Poo Kiong berusia 40 tahun dan seorang wanita, Leong Kar Yan, 34.

“Kedua-dua individu itu beralamat terakhir di Bandar Baru Permas Jaya, Masai di Johor dan Taman Johor Jaya, Johor Bahru. 

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kami sedang mengesan dua orang saksi utama ini yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, siasatan kes dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, pihak polis memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi utama kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

“Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendnn Muhammad Azril Ahmad Rapiee di nombor 012-7791224,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pada 1 Mac lalu seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Lukut Jalan Besar di sini pada pukul 7.35 malam.

Sejurus menerima maklumat tersebut, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berusia 38 tahun telah terbaring di atas jalan (kawasan parkir) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.