POEramai, tetapi tak berbayar - Akmal - Utusan Malaysia

POEramai, tetapi tak berbayar – Akmal

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR (tengah) beramah mesra dengan murid-murid yang menerima kelengkapan sekolah sambil diperhatikan oleh Mohd. Norlisam dan Rafidah pada Majlis SWM Kasih Back To School di Dewan Flat Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli-ahli Panel Pakar (POE) yang dilantik Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu pelaksanaan tujuh dasar kementerian itu tidak melibatkan sebarang bayaran daripada kerajaan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, jumlah ahli POE lebih ramai berbanding lantikan pentadbiran kerajaan terdahulu dan sepatutnya tidak menjadi isu, sebaliknya mereka yang dilantik itu berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

“Ini bukanlah perkara luar biasa yang sepatutnya menimbulkan isu besar kerana POE yang dilantik ini mencakupi keseluruhan portfolio KPKT. Jika sebelum ini POE hanya tertumpu terhadap masalah perumahan, tetapi sekarang tertumpu kepada tujuh dasar kementerian.

“Walaupun kita bercakap soal perumahan, sebenarnya ada kaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Jadi, kementerian tidak boleh lagi ‘work in silo’, sebab itu mereka yang terlibat ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Sebenarnya, daripada segi komitmen kerajaan, tiada bayaran, kita hanya dengar pandangan dan pengalaman mereka kerana antara mereka ada ahli korporat, bekas pegawai kerajaan dan individu yang terlibat dengan pengurusan ‘smart city’,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program SWM Kasih Back To School di Dewan Flat Larkin, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah SWCorp Johor, Rafidah Mohamed dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd., Mohd. Norlisam Mohd. Nordin.

Sementara itu, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberitahu, langkah diambil Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah bertujuan memantapkan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada rakyat supaya bukan hanya melihat dari satu sudut untuk memastikan dasar yang dilaksanakan berjaya, namun perlu secara holistik.

Terdahulu, Kor Ming memberitahu 28 ahli POE yang dilantik terdiri daripada individu yang berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti perumahan, kewangan, ekonomi, kebombaan dan pembinaan.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memberitahu, sebanyak 5,925 tan metrik sisa sampah telah dikutip di seluruh negeri ini bermula 3 Mac hingga semalam ekoran banjir yang melanda sejak 28 Februari lalu.

Jumlah tersebut dijangka terus meningkat berikutan operasi pembersihan masih diteruskan sehingga hujung bulan ini dan antara daerah yang  merekodkan jumlah kutipan tertinggi ialah Segamat dan Batu Pahat.

“Kesemua sisa sampah yang dipungut itu dibawa ke tiga tapak pelupusan, iaitu di Buloh Kasap, Segamat; Maokil, Labis dan Batu Empat, Kota Tinggi. Namun untuk memastikan kelancaran operasi pembersihan dan memastikan pelupusan dapat dengan segera, kita telah membuka enam tapak pelupusan sementara di Batu Pahat dan Yong Peng,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya