Pelajar tingkatan dua bayar zakat RM10,000

Pelajar tingkatan dua bayar zakat RM10,000

PUTRI Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd. Mustamaman (dua kanan) bersama ibu dan bapanya semasa membayar zakat perniagaan kepada Maik di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN MAIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas menjadi individu termuda membayar zakat perniagaan bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada Khamis.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd. Mustamaman yang merupakan pengasas produk pemakanan dikenali sebagai BebyCurf membuat bayaran zakat sebanyak RM10,000.

Pembayaran itu dilakukan menerusi Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya berkata, bayaran zakat itu dibuat selepas produknya BebyCurf mencapai jualan sebanyak RM400,000 selepas empat bulan berada di pasaran bermula September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menggunakan aplikasi Tiktok dan terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

“Melihat kepada nilai jualan, ibu (Bibi Hasnalinda Zainal Abidin) dan ayah (Mustaman Che Yusof) menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Maik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, mengambil nasihat tersebut dia memutuskan untuk melaksanakan salah satu Rukan Islam iaitu mengeluarkan zakat.

Katanya, dia lega dapat menjadi salah satu pembayar zakat dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukan oleh anaknya itu untuk berzakat.

Katanya, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.

“Syukur Alhamdulillah, walaupun masih muda, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya sedar tanggungjawabnya sebagai seorang Islam iaitu mengeluarkan zakat,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya