Masih ada enggan berpindah kerana cuaca baik - Utusan Malaysia

Masih ada enggan berpindah kerana cuaca baik

RASHIDAH RAMLI (kiri) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Sri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Cuaca yang agak baik hari ini menyebabkan masih ramai penduduk di kampung dan Taman Sri Gading, dekat sini yang enggan berpindah walaupun paras air banjir terus meningkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Rashidah Ramli berkata, setakat ini seramai 456 mangsa daripada 312 keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), namun masih ada yang enggan berbuat demikian apabila keadaan cuaca yang agak baik.

Katanya, kenaikan air yang mendadak menyebabkan mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK)  Sri Gading terpaksa ditempatkan di tingkat atas bangunan sekolah, manakala mangsa di Sekolah Agama Sri Gading yang terletak bersebelahan mungkin akan dipindahkan ke tempat lain sekiranya paras air terus meningkat.

“Pemantauan oleh agensi penyelamat sentiasa dilakukan, sekiranya memerlukan mangsa untuk berpindah, bermakna mereka terpaksa dipindahkan. 

“Saya amat berharap penduduk tidak menunggu saat akhir untuk berpindah kerana untuk masuk ke kawasan PPS ini hanya kenderaan berat atau pacuan empat roda sahaja yang boleh lepas,” katanya selepas melawat PPS berkenaan.

Sementara itu, Abdullah Bakari, 57, yang berada di PPS Sekolah Agama Sri Gading sejak enam hari lalu amat berpuas hati dengan makanan yang dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Tiada lagi timbul isu makanan yang ala kadar disediakan oleh pembekal dan mereka melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab. 

“Kami juga tidak mengalami kekurangan makanan kerana banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang membekalkan makanan tambahan di sini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya