Maritim Malaysia bantu anak kapal alami serangan jantung - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia bantu anak kapal alami serangan jantung

LELAKI warga Filipina, Abucejo yang mengalami serangan jantung dikejarkan ke HSNI oleh anggota Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat. GAMBAR/IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang anak kapal yang mengalami serangan jantung dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dekat sini malam tadi dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Batu Pahat. 

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd .Haniff Mohd. Yunus berkata, kejadian berlaku pukul 8.25 malam itu melibatkan seorang lelaki warga Filipina dikenali sebagai 

Abucejo, 53, yang bekerja di kapal Vangelis pada kedudukan 17 batu nautika barat daya Tanjung Tohor, Muar.

Selepas menerima maklumat daripada pihak syarikat perkapalan berkenaan, sepasukan anggota dikejarkan menggunakan Bot Kilat 13 untuk memberikan bantuan menyelamat. 

“Sebaik sampai di lokasi kapal itu, anggota mendapati seorang anak kapal sedang dalam kesakitan dan perlu dikejarkan ke hospital dengan segera. 

“Bagaimanapun keadaan angin yang kuat serta gelombang menyebabkan kerja-kerja membawa mangsa tidak berjalan lancar. Pesakit berjaya dipindahkan dari bot penyelamat kira-kira pukul 11.40 malam dan dikejarkan ke HSNI untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Selain tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang di laut, Maritim Malaysia turut membantu masyarakat atau komuniti maritim membuat penerbangan

atau pelayaran ihsan bagi kes-kes kecemasan dan bantuan iru merupakan kes pertama di perairan Zon Maritim Batu Pahat pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya