Maqis gagalkan cubaan menyeludup 17 ekor ayam hidup dari Thailand

Maqis gagalkan cubaan menyeludup 17 ekor ayam hidup dari Thailand

SEBAHAGIAN ayam hidup yang dirampas pihak Maqis dalam serbuan di pangkalan haram Tanjung,Pengkalan Kubor, Tumpat.-UTUSAN/IHSAN MAQIS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) mematahkan cubaan penyeludup untuk membawa masuk sebanyak 17 ekor ayam hidup secara haram di pangkalan haram Tanjung, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, kegiatan penyeludupan ayam itu dikesan di kawasan pangkalan haram berkenaan dengan menggunakan perahu pada pukul 8 malam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, ayam-ayam yang dianggarkan bernilai RM1,700 itu diseludup melalui tebing Sungai Golok.

“Kesemua ayam itu dirampas selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah.

“Maqis sebagai benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport secara tidak sah akan terus meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang negara,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, kes melibatkan penyeludupan perlu dititikberatkan bagi memastikan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak atau penyakit berbahaya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.