Mangsa banjir di Tampin terus catat penurunan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Tampin terus catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jumlah mangsa terjejas banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Tampin terus menunjukkan penurunan kepada 478 orang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol. (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, masih terdapat dua buah PPS yang masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah dan Dewan Besar Gemas.

“Seramai 473 orang mangsa banjir daripada 122 buah keluarga masih ditempatkan di PPS SK Sungai Kelamah manakala lima orang mangsa daripada sebuah keluarga masih berada di PPS Dewan Besar Gemas,” katanya hari ini.

Tambah beliau, dua buah PPS telah ditutup pagi tadi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas yang ditutup pada pukul 7 pagi tadi manakala PPS SK Londah ditutup pada pukul 10.30 pagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya