Mangsa banjir di Negeri Sembilan catat peningkatan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Negeri Sembilan catat peningkatan

PENGERUSI Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap (dua dari kiri) meninjau operasi PPS yang dibuka di SK Pilah, Kuala Pilah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mangsa banjir di tiga buah daerah di Negeri Sembilan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 927 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Sebuah lagi PPS juga telah dibuka pagi ini iaitu di Dewan Besar Gemas menjadikan 12 buah PPS dibuka susulan kejadian banjir yang berlaku sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol. (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, daerah Tampin mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 927 orang. 

“Sehingga kini, sebanyak enam buah PPS telah dibuka di daerah Tampin iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gedok, PPS SK Sungai Kelamah, PPS Balai Raya Pasir Besar, PPS SK Londah dan PPS Dewan Besar Gemas.

“PPS SK Sungai Kelamah menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 540 orang daripada 138 buah keluarga,” katanya hari ini.

Sementara itu, empat buah PPS dibuka di daerah Jempol yang menempatkan seramai 160 orang mangsa daripada 39 buah keluarga manakala seramai 62 orang mangsa banjir pula ditempatkan di dua buah PPS yang telah dibuka di daerah Kuala Pilah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN