Lima sekolah di Johor masih belum beroperasi - Utusan Malaysia

Lima sekolah di Johor masih belum beroperasi

MD. SAID MD. DAIMON beramah mesra dengan Muhammad Akmal Lutfi Mohd. Harol (kanan) dan Muhammad Daniel Iqbal Firdaus yang merupakan mangsa banjir pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 di SK Sri Pandan, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 berikutan banjir yang belum surut.

Tiga buah sekolah di Batu Pahat dan dua di Segamat yang melibatkan kira-kira 2,000 pelajar yang kini terpaksa belajar secara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengarah Pendidikan Johor, Md. Said Md. Daimon berkata, tiga sekolah di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Sri Nasib Baik.

“Dua buah sekolah di Segamat ialah SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Buloh Kasap,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau sesi persekolahan pada hari pertama di SK Sri Gading, dekat sini hari ini.

Menurutnya, dua buah sekolah di Segamat dijangka mula beroperasi esok selepas disahkan selamat oleh Jabatan Kerja Raja (JKR), manakala tiga sekolah di Batu Pahat, laluannya masih digenangi air.

Menurut Md Said, masih terdapat 40 sekolah di daerah ini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar.

Katanya, proses pembersihan sekolah masih lagi dilakukan dan pihaknya sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu.

“Hingga kini proses pembersihan sekolah masih berjalan, bagi sekolah yang masih lagi menjadi PPS, pembersihan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

“Seperti di SK Sri Gading, kita sudah bersihkan tetapi terdapat wap dan mendapan tanah itu timbul semula sehingga menyebabkan kotoran. Jadi, kita kena bersihkan semula dan saya percaya ramai sukarelawan yang akan bantu untuk bersihkan sekolah,” katanya.

Bagi pelajar di PPS, sekiranya bilik darjah kosong, maka akan dikehendaki belajar di sekolah dan kelas menumpang walaupun PPS tersebut bukan sekolah mereka.

“Minggu pertama ini sesi persekolahan lebih kepada sesi suai kenal dan transisi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya