Lelaki nyaris rentung selimut disambar api lilin

Lelaki nyaris rentung selimut disambar api lilin

ANGGOTA Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berusaha memadam kebakaran rumah di Kampung Bechah Menerong, Pasir Mas Kelantan pagi tadi.-UTUSAN/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki nyaris rentung selepas kain selimut disambar api dari sebatang licin semasa sedang tidur dalam kejadian di Kampung Bechah Menerong, di sini pagi tadi.

Kejadian pukul 8 pagi, berlaku ketika mangsa Sayed Muhammad Azam Sayed Kamarul Zaman, 42, yang tinggal secara berseorang di rumah berkenaan sedang tidur di dalam biliknya.

Sepupu mangsa, Nor Syuhada Mohd. Nor, 30, berkata, kejadian itu disedari oleh suami Mohd. Shamsul Hassan, 38, selepas terdengar jeritan Sayed Muhammad Azam meminta pertolongan itu.

Menurutnya, suami yang ketika itu sedang menjemur kain terus bergegas ke rumah Sayed Muhammad Azam untuk memberikan bantuan.

“Alhamdullilah Sayed Muhammad Azam selamat, saya bimbang kerana dia mengidap penyakit jantung dan telah terhidu asap tebal kerana cuba memadam kebakaran itu.

“Sepupu saya tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang merupakan peninggalan orang tuanya. Rumah sepupu saya tidak mempunyai bekalan elektrik dan dia hanya menggunakan lilin untuk menerangi rumahnya pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nor Syuhada memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan lilin yang dinyalakan itu menyambar kain selimut ketika Sayed Muhammad Azam sedang nyenyak tidur selepas dia terlepas untuk bersahur.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.20 pagi dan sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, rumah berkenaan dianggarkan mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya