Langgar kereta, tetak mangsa sebelum larikan wang tunai RM10,000 - Utusan Malaysia

Langgar kereta, tetak mangsa sebelum larikan wang tunai RM10,000

TANGKAP layar video tular yang memaparkan insiden rompakan berkumpulan di hadapan Teega Tower, Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sekumpulan individu bertindak melanggar kenderaan dipandu mangsa sebelum menetaknya menggunakan parang sebelum melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, susulan video tular itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam jenayah itu.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan seorang suspek di Horizon Hill pada pukul 10.15 pagi pada hari kejadian. Penahanannya membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek pada pukul 9 malam di Gelang Patah.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 40-an mengaku terlibat dalam kes tersebut dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakannya menggunakan parang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan insiden tersebut yang kelihatan tiga individu bersenjatakan parang menyerang mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda.

Mangsa cuba melarikan diri namun dua buah kereta disyaki rakan suspek menghadang kenderaan tersebut dan kelihatan seorang suspek berjaya melarikan bungkusan yang mengandungi wang tunai berjumlah RM10,000 dari tempat duduk belakang kenderaan itu.

Mangsa yang merupakan peniaga dalam talian itu mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat ditetak berulang kali, namun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kita percaya ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkenaan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian dikehendaki tampil ke IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.