Kerana RM20 untuk beli dadah, anak belasah ibu kandung

Kerana RM20 untuk beli dadah, anak belasah ibu kandung

TANGKAP layar menunjukkan seorang anak sanggup memijak ibu kandungnya dalam kejadian di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Hanya kerana RM20 untuk beli dadah, seorang anak sanggup ‘membelasah’ ibu kandungnya berusia 65 tahun selepas wanita berkenaan enggan memenuhi permintaan itu dalam kejadian di Kampung Gual Jedok, di sini, kelmarin.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami bengkak dibahagian kepala, dahi, mata dan sakit pada bahagian badan selepas suspek yang merupakan penagih tegar berusia 32 tahun tersebut telah menarik, memukul, memijak, menampar serta menyepak ibunya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.08 petang selepas abang mangsa yang berusia 37 tahun hadir ke balai membuat laporan

Menurutnya, sebelum itu pengadu telah menerima satu rakaman video daripada abang iparnya pada pukul 2.30 petang berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan. Suspek merupakan bekas anggota tentera yang telah dibuang kerja pada tahun 2013 dan merupakan seorang penagih dadah.

“Pada masa sama, suspek merupakan pemegang kad orang kurang upaya (mental) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semasa kejadian suspek telah bertindak menarik, menampar, menendang dan memijak kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, kejadian tersebut telah dirakam oleh anak saudara pengadu yang tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.

Katanya, siasatan turut menjadi kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang marah apabila ibunya tidak memberikan wang sebanyak RM 20.00 untuk membeli dadah. 

“Sebelum ini juga suspek sering mengamuk meminta wang dengan mangsa. Suspek telah berjaya ditangkap dan hasil soal siasat awal dia mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta. 

“Suspek telah direman selama empat hari bermula hari dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif methamphetamine. Selain itu suspek turut mempunyai dua rekod lampau berkait dengan dadah,” ujarnya.

Mohd. Haki berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.-UTUSAN

280323-Klt-Belasah Ibu-Done Online-

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya