Kelantan United turunkan barisan terkuat jumpa Kedah

Kelantan United turunkan barisan terkuat jumpa Kedah

BARISAN pemain Kelantan United giat menjalani latihan menjelang pertemuan Liga Super dengan kedah Darul Aman FC di Padang Mardi, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC mempertaruhkan barisan terkuat berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.

Penolong jurulatihnya Nazrulerwan Makmor berkata, usaha itu bagi membolehkan Kelantan United melakar keputusan positif sebagai tonik buat barisan pemain mengharungi saingan musim ini.

“Berdepan Kedah diakui bukan satu tugas mudah, namun saya harap barisan pemain kekal fokus dengan mengikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh ketua jurulatih.

“Insya-Allah Kelantan United akan mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Kedah. Semua pemain bebas daripada kecederaan dan kita akan memberikan aksi terbaik nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nazrulerwan memberitahu, Kelantan United berharap barisan pemain ke-12 pasukan itu akan memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV untuk memberikan sokongan padu kepada Sang Kijang Hijau.

Katanya, sokongan padu itu menjadi pemangkin semangat kepada barisan pemain untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya