Kanak-kanak terkunci kereta ibu di stesen minyak - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terkunci kereta ibu di stesen minyak

Kanak-kanak terkunci
PASUKAN bomba menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kereta dekat stesen minyak di Teluk Piah, Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta ibunya selepas tertekan tombol kunci pintu di sebuah stesen minyak di Teluk Piah di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun dipercayai bersendirian dalam kereta Proton Wira tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2.52 petang.

“Setibanya di lokasi, kanak-kanak itu didapati masih terkunci dalam kereta berkenaan. Pintu itu terkunci selepas mangsa menekan tombol kunci pintu dalam keadaan enjin tidak dihidupkan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambah Morni, mangsa dipercayai terkunci lebih lima minit sebelum diselamatkan bomba.

“Anggota kita berjaya membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya