Kanak-kanak lemas dihanyut ombak deras

Kanak-kanak lemas dihanyut ombak deras

LOKASI mangsa dipercayai lemas di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang kanak-kanak ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyut ombak deras ketika sedang mandi-manda bersama ibu dan bapa saudaranya di Pantai Kemayang di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Iman Mikail Muhammad Sabri, 8, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beris Panchor, Tawang di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mangsa sedang mandi bersama bapa saudaranya, Syafiq Mohamed, 29,  ibu saudara, Nur Aisyah Suhaimi, 26, dan seorang lagi individu di pantai itu.

Menurutnya, semasa sedang mandi, mangsa dipercayai dihempas ombak deras yang menarik dan membawanya ke tengah laut. 

“Menyedari kejadian itu, bapa saudaranya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal ekoran ombak kuat.

“Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan pantai berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Mohamad Ismail memberitahu, ahli keluarga membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor di sini sebelum pembantu perubatan klinik berkenaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Katanya, berikutan berlaku dua kejadian lemas dalam tempoh dua hari berturut-turut di Pantai Kemayang, beliau mencadangkan agar pihak Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Bachok menempatkan papan tanda larangan mandi di kawasan berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mandi di kawasan pantai dalam tempoh terdekat kerana ombak ketika ini kuat sekali gus berbahaya untuk keselamatan orang ramai,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya