Jumlah mangsa banjir di Johor terus bertambah - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor terus bertambah

PEMANDANGAN Bandar Segamat yang dilanda banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah kritikal apabila jumlah mangsa meningkat menjadi 26,633 orang daripada 7,311 keluarga yang dipindahkan ke 193 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 25,213 mangsa daripada 7,013 keluarga yang ditempatkan di 187 PPS hingga pukul 8 pagi.

“Sejak awal pagi tadi, sebanyak 35 PPS baharu dibuka yang mencatatkan pertambahan mangsa banjir seramai 8,242 penduduk daripada 2,183 keluarga dipindahkan.

“Daerah Segamat merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 8,053 mangsa diikuti Kluang (5,470), Batu Pahat (3,266) dan Kota Tinggi (2,921). Turut terjejas Muar dengan 2,200 mangsa, Johor Bahru (2,089), Kulai (956), Tangkak (932), Mersing (489) dan Pontian (257),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) masih menunjukkan seluruh negeri ini berada di bawah amaran bahaya, iaitu hujan sangat lebat berterusan.

“Sebanyak 17 sungai turut diletakkan dalam kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Segamat, Sungai Labis dan Sungai Lenik, Segamat, Sungai Tangkak, Sungai Kesang dan Sungai Senduk di Tangkak, Sungai Bekok di Batu Pahat dan Sungai Kahang di Kluang. 

“Turut berada pada paras bahaya ialah Sungai Sayong, Sungai Skudai dan Sungai Pontian Besar di Kulai, Sungai Skudai di Johor Bahru dan Sungai Johor di Kota Tinggi.

Beliau memberitahu, Jalan Kluang-Mersing (Ladang Greenway), Jalan Batu Pahat-Mersing, Jalan GSA Chamek dan Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang di Kluang ditutup untuk semua kenderaan.

“Jalan lain yang tak boleh dilalui ialah Jalan Senai-Gemas dan Kampung Tenang, Segamat;  Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram, Kulai; Jalan Jemaluang-Batu Pahat, Mersing dan Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Pahat ditutup untuk semua kenderaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN