PETALING JAYA: Bekalan barangan basah terutama sayur, ayam dan telur dijangka berkurangan sehingga 30 peratus menjelang ketibaan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sekali gus mempengaruhi harga di pasaran. Situasi yang berlaku setiap kali Ramadan dan Aidilfitri itu pastinya akan menjejaskan pengguna apatah lagi sesi persekolahan bermula beberapa hari menjelang Ramadan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd. Rahman Syed Abd.…