Geng Sara tumpas, disyaki terlibat samun, pecah rumah - Utusan Malaysia

Geng Sara tumpas, disyaki terlibat samun, pecah rumah

ANTARA barang rampasan daripada Geng Sara yang ditahan di Kempas, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Geng Sara yang aktif melakukan pelbagai kes jenayah samun berkumpulan, tetak, pecah rumah dan curi kenderaan tumpas dengan tertangkapnya  lima individu di sebuah rumah di Kempas, di sini minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Fariz Ammar Abdullah berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia antara 41 hingga 57 tahun dan geng tersebut telah memecah masuk stor syarikat penghantaran barang di kawasan Kempas dan melarikan decoder kamera litar tertutup (CCTV) serta wang tunai yang mengakibatkan syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1,300 pada 24 Februari lalu.

Geng Sara yang bersenjatakan parang itu juga dipercayai telah mencederakan dua mangsa di kawasan perumahan Taman Tampoi Indah dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta dan motosikal keesokannya.

Akibat kejadian tersebut, mangsa telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HS), Johor Bahru dan mendapat 20 jahitan di bahagian tangan, badan dan bahu kerana ditetak.

“Geng Sara itu sekali lagi mengganas melakukan samun bersenjatakan parang dan pistol tiruan di sebuah kedai runcit pada 10 Mac lalu dengan melarikan sejumlah barang berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit milik pekerja dengan jumlah kerugian RM10,000.

“Bertindak atas maklumat tiga kejadian itu, Polis Daerah Johor Bahru Utara telah berjaya mengesan dan menahan kelima-lima suspek terbabit di sebuah rumah di Kempas. Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya merampas dua pistol tiruan, 13 telefon bimbit, sebuah decoder CCTV, kad pengenalan dan pasport dipercayai milik mangsa samun, ragut dan pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian samun berkumpulan, tetak, pecah rumah dan curi kenderaan yang dilaporkan berlaku di kawasan Taman Universiti, Taman Ungku Tun Aminah, Tampoi dan Kempas yang dipercayai didalangi geng tersebut.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebuah kereta yang telah dilaporkan hilang pada awal bulan ini.

“Pihak polis juga menemukan  merampas beberapa keratan penyedut minuman yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu dan heroin. Ujian saringan awal air kencing kesemua tangkapan dapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Dengan tertangkapnya kumpulan penjenayah Geng Sara, polis berjaya menyelesaikan 10 kes di kawasan Johor Bahru Utara, Johor Bahru Selatan, Muar dan Klang Utara,” katanya sambil memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397, Seksyen 324 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya