Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dimuktamad 

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dimuktamad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang memperincikan mengenai pembangunan dan reka bentuk laluan bagi kenderaan seperti moped, personal mobility devices (PMD) dan personal mobility aids (PMA).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, garis panduan yang dibangunkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti.

“Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan dan agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan dalam merancang, membangun dan mereka bentuk laluan kenderaan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu.

“Dalam hubungan ini, pihak berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti itu, berdasarkan kepada garis panduan yang telah dibangun atau ditetapkan,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang bertanya solusi kepada pengusaha perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti yang terjejas pendapatan akibat penguatkuasaan undang-undang larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN