Gadis etnik Murut peroleh Anugerah Emas Menteri Pendidikan - Utusan Malaysia

Gadis etnik Murut peroleh Anugerah Emas Menteri Pendidikan

ALESYAH ASA (kiri) dan ibunya, Tiasan Patan menunjukkan sijil anugerah yang diterima sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali Ke-7 Tahun 2022 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang gadis etnik Murut berjaya membanggakan keluarga apabila merangkul Anugerah Emas Menteri Pendidikan (AEMP) sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Kali Ke-7 Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

 Alesyah Asa, 21, berkata, dia tidak menyangka dapat merangkul anugerah utama itu namun menganggapnya sebagai pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam bidang kemahiran yang dipelajari sebelum ini di Kolej Vokasional Keningau, Sabah.

Jelas graduan Diploma Teknologi Pembinaan itu, bukan mudah untuk seorang wanita menghadapi cabaran dalam dunia pembinaan terutamanya bidang tersebut yang memerlukan kekuatan mental serta fizikal.

“Perlu ada minat jika belajar bidang kemahiran, bidang ini memang benar-benar mencabar kerana perlu lasak serta ada kalanya mengangkat beban berat.

“Kalau ikat batu bata pun tidak mahu, mungkin bidang ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diceburi. Apa pun saya tidak akan putus semangat serta dan akan terus menambah ilmu dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Seramai 9,507 graduan diploma daripada 81 buah Kolej Vokasional dari seluruh negara diraikan pada majlis tersebut yang bermula sejak 6 Mac lalu sehingga ke hari ini.

Alesyah yang merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik itu berkata, pada tahun akhir pembelajarannya, dia bersama kumpulannya yang terdiri dari pelajar-pelajar perempuan telah membuat satu projek inovasi yang mampu mempercepatkan pemasangan jubin lantai.

Jelasnya, inovasi pembinaan seperti itu bukan hanya mampu menjimatkan masa bahkan dapat mengurangkan beban kerja-kerja memasang jubin lantai serta boleh dilakukan oleh pekerja wanita.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya