Dua maut, lima cedera kemalangan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Dua maut, lima cedera kemalangan dua kenderaan

DUA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Senai, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua maut, manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Senai hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, PBK I, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3 petang dan  seramai 10 anggota termasuk dibantu dari BBP Sebana Cove dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dengan Hyundai i30. Terdapat dua orang mangsa tersepit di Perodua Alza tersebut. 

“Anggota bertindak mengeluarkan kedua mangsa menggunakan peralatan khas dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. 

“Empat lagi penumpang kereta sama, iaitu seorang wanita dewasa, dua lelaki dewasa mengalami cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki terselamat, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pemandu dan penumpang kereta Hyundai i30 pula mengalami cedera dan kesemua mangsa cedera dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan. 

Mayat kedua-dua mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 5.40 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya