KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ yang disiasat selama tiga hari berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman. Selasa lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan agensi tersebut untuk menahan reman ahli perniagaan itu hingga semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili lelaki itu berkata, anak guamnya hadir untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya