Ceburi perniagaan, ekonomi gig punca lepasan SPM tidak minat sambung pengajian

Ceburi perniagaan, ekonomi gig punca lepasan SPM tidak minat sambung pengajian

KAMALUDIN Daud (tengah) memotong reben sebagai simbolik perasmian program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mengakui minat terhadap bidang ekonomi gig dan menjalankan perniagaan sendiri merupakan antara faktor pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian di pusat berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kamaludin Daud berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada tahun lalu, kira-kira 30 peratus lepasan SPM yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi manakala lebih 70 peratus langsung tidak membuat permohonan.

Menurutnya, mereka lebih berminat untuk menjadi penghantar makanan selain menceburi bidang kesenian melalui media sosial memandangkan ia semakin popular. 

“Kekurangan kemasukan lepasan SPM bukan sahaja berlaku di politeknik dan kolej komuniti, sebaliknya situasi sama turut berlaku di institusi kemahiran dan teknikal lain. 

“Ia berlaku apabila taraf ekonomi negara berubah sehingga menyebabkan ramai golongan muda lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian termasuk yang diusahakan oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, Politeknik Jeli di sini hari ini.

Kamaludin memberitahu, sehubungan itu, pihaknya telah mengadakan sesi bersemuka dengan pihak pemain industri untuk berbincang mengenai keperluan yang diperlukan melalui jurusan yang ditawarkan pihak politeknik dan kolej komuniti untuk pasaran kerja.

Katanya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa membuka peluang kepada lepasan SPM untuk melanjutkan ke institusi pengajian itu.

“Kita mengadakan dua sesi pengambilan pelajar dalam setahun untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan yang di tawarkan.

“Kementerian Pengajian Tinggi turut berusaha untuk menjadikan laluan politeknik ini sebagai satu pilihan utama bagi pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tinggi,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.