PETALING JAYA: Cadangan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadikan sebagai cagaran bagi pinjaman bukan langkah pragmatik dalam membantu rakyat yang terkesan terutamanya dengan bebanan hutang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, langkah itu hanya mendorong orang ramai berterusan menambah hutang. “Saya tak bersetuju bahawa penyelesaian kepada masalah rakyat ialah meminta mereka berterusan mengambil dan menambah hutang,…










