PETALING JAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengakui wujud keperluan untuk menganjakkan tempoh latihan industri bagi setiap program di institusi pengajian tinggi (IPT) pada semester akhir pengajian. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, latihan industri pada pertengahan pengajian akan menghalang industri menyerap masuk pelajar berkualiti ke pasaran kerja. Menurut beliau, IPT boleh membuat permohonan kepada MQA untuk menganjakkan tempoh latihan industri bagi program ditawarkan. “MQA sentiasa memberi…