Banjir meningkat di Pahang, 2,031 mangsa ditempatkan di 22 PPS - Utusan Malaysia

Banjir meningkat di Pahang, 2,031 mangsa ditempatkan di 22 PPS

SEORANG kakitangan JKM menyerahkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di RPS Buluh Nipis dan Kampung Ganoh di Rompin, Pahang - FOTO /IHSAN JKM ROMPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila seramai 2,317 orang daripada 706 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini hari ini.

Berbanding pukul 12 tengah malam tadi, seramai 2,311 mangsa daripada 703 keluarga ditempatkan di 22 buah PPS di enam daerah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, mangsa banjir di Rompin meningkat kepada 1,905 orang daripada 592 buah keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.

“Temerloh daerah terbaru melibatkan pemindahan mangsa banjir pada pukul 1.30 pagi semalam kini melibatkan penambahan seramai seramai 254 orang daripada 84 buah keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan.

“Pekan masih mengekalkan sejumlah 106 orang mangsa (17 keluarga) di dua PPS, manakala Bera seramai 29 mangsa (tujuh keluarga) di PPS di Dewan Kampung Pasal, Bera, sementara, Maran seramai 13 orang mangsa (dua keluarga) di PPS balai raya Kampung Baru Pertanian dan seramai 10 orang mangsa (tiga keluarga) di Jerantut ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak, Tekam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Adam berkata, tiga batang sungai di negeri menunjukkan amaran bahaya, iaitu Sungai Pahang di Lubu Paku, Maran merekodkan aras 19.51 meter, diikuti Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (10.65 meter) dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin (25.18 meter).

“Tiga batang sungai utama lagi di Raub, Bera dan Maran menunjukkan aras amaran dan tren menaik manakala enam batang sungai di Temerloh, Bera dan Kuantan pada tahap waspada dan masih tren menaik,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, Jabatan Meteorologi melaporkan hujan turun lebat turun sepanjang hari bermula petang ini hingga ke malam esok di 11 buah daerah negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya